Posted by Mr. Ezral
Aku ni bukan apa, setiap kali aku jumpa doktor ja.. suka sungguh aku tengok alat2 yang depa dok guna nie.... terutama sekali masa Is kena tahan wad hari tue... Di tambah pulak doktor suruh monitor kesihatan Is selalu sebab dia tak boleh sakit walaupon selsema atau sakit perut... Jadi, aku pon dari awal lagi dah berkira-kira nak kena membeli beberapa peralatan yang boleh aku guna untuk monitor kesihatan Is. Berdasarkan pemerhatian dan soal-selidik (Thanks to Dr. Iqbal sbb sanggup jawab soalan aku yg macam2 nie...), ada 3 perkara yang perlu aku monitor. SATU: Blood Pressure, DUA: Random Blood Sugar (RBS) dan TIGA: Berat badan.
Aku pon mula survey harga peralatan di farmasi dan di pusat kesihatan UniMAP. Finally, berjayalah aku membeli dua alat iaitu Electronic BP Monitor dan Glucose Monitor. Terima kasih byk2 skali kpd Dr. Iqbal sbb tolong belikan Glucose Monitor dengan harga yang tersangat-sangatlahhhh murah. Sekarang dah tambah alat baru, Fetal Doppler utk dgr heartbeat.
Hmmm... bila pikir2 balik, kalau aku pegi klinik desa pon, depa akan buat benda yang sama jugak.. check BP, check glucose dan timbang berat... Nanti aku nak pegi jumpa Kak Laila (Nurse Klinik Desa yang aku ngan Is slalu pegi sblm nie), nak minta dia mai rumah utk routine check Is.
So, sesapa kawan2 yang nak mai buat basic clinical check, leh la mai rumah aku... bagi ibu2 mengandung lak... leh la buat Fetal Doppler, nak dengar jantung baby dup dap dup dap ke tak (seronok oooo leh dgr jantung baby)... tapi mai sekali ngan laki masing2... takkan la aku yang nak kena tekan probe kat perut kot... hehehhee.... mai jaa... FOC...
No comments:
Post a Comment