Friday, March 20, 2009

Motivasi Kerja

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’, tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih…

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya…

- Diadaptasi daripada blog

Thursday, March 12, 2009

Menangislah ... bila harus menangis ...

Air mata yang telah jatuh
Membasahi bumi
Takkan sanggup menghapus penyesalan
Penyesalan yang kini ada
Jadi tak berarti
Kar’na waktu yang bengis terus pergi

Menangislah bila harus menangis
Karena kita semua manusia
Manusia bisa terluka
Manusia pasti menangis
Dan manusia pun bisa mengambil hikmah

Di balik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran
Di balik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungkin bisa jadi cobaan

Performed by Dewa

Wednesday, March 11, 2009

Di saat ketensionan dan kepenatan yang teramat sangat ...

Hari ni aku rasa penat n tension sesangatttt ... letih tahap gaban ... letih otak.. letih badan n letih jiwa ... tensionnn ... tensionnn ... kadang-kadang disebabkan situasi dan keadaaan sekeliling yang turut dalam tekanan .. apatah lagi ada plak yang begitu menekan jiwa raga walaupun mereka tak faham apa masalah yang sedang kita hadapi ... tapi masalah tu takkan kita nak explain satu persatu pulakkan ... sedangkan kita sedaya upaya tenaga dan kudrat yang ada untuk menyetelkan masalah tersebut ... sabarlah wahai jiwa ... hadapilah ujian dan dugaan dengan cekal ...

bak kata motivasi yang aku dengar petang ni di radio hots fm ... anggaplah kerja yang kita lakukan itu demi untuk mendapatkan rezeki yang halal .. dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh ... InsyaAllah .. Allah Maha Mengetahui dan Menyayangi ... tenang sungguh rasa jiwa bila dengar motivasi ni ... sesuai dengan situasi aku pada masa ni ...

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Alhamdulillah .. syukur ke hadrat Illahi dengan kurnia dan berkat rezekinya aku telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008. Actually memang aku tak sangka sangat-sangat. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan buat semua rakan-rakan setugas yang sentiasa bersama-sama bertungkus lumus bersama-sama terutamanya assistant aku yang setia Cik Noordini Idrus atau panggilan manjanya Diny. Dia pon dapat anugerah jugak tahun ni.. Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang Anugerah Versatil. Syukur Alhamdulillah .. rezeki ...

Tanpa sokongan dan bantuan daripada sahabat-sahabat sepejabat khasnya boss Dato' VC, En. Zuber, Kak Sya, Kak Fizah, Watie, Kak yani, kak mila, salimin, manja, shikin, pak samat, julie, kak sue, aida, en mus, hirwan, shah erman dan ramai lagi ... kerja mesti takkan menjadi ... Tak lupa juga buat adik2 unit multimedia yang slalu kene marah dengan kak is dia ni ... tapi apa pon ... shauki, syed, nazri, din, yob, abg munif dan 2 lagi staf yg baru aku lupa nama depa .. turut banyak membantu ... terima kasih banyak-banyak diucapkan ... Ucapan terima kasih juga diucapkan buat semua yang namanya tidak dapat disebutkan .. ramai sahabat2 setugas ni ... dekat school.. jabatan pembangunan .. jab hep .. pusat ICT ... dan ramai lagi lah .... Moga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian ...

Ucapan terima kasih aku juga tak terhingga buat suami yang tersayang ... yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan saat aku bersusah payah atau berpenat lelah ... Bila aku takde laptop .. suamilah yang carikan aku laptop supaya aku tak stay up malam dekat ofis .. bila aku tak tidur .. dia pon turut tak tidur temankan aku .. buatkan air .. bila kebuntuan idea ... dia lah juga yang dapat memecahkan kebuntuan idea ... bila aku tension yang teramat sangat ... dia lah pelega keadaan ... bila aku marah .. dialah yang menenangkan ... dan yang paling penting berkat doanya dan restunya untuk aku terus berkarier .. adalah segala-galanya ... Terima Kasih Suami ... Sesungguhnya kejayaan si isteri adalah disebabkan ketabahan dan kecekalan hati si suami ...

p/s : Tapi si isteri masih tak leh lawan sebanyak mana anugerah yang si suami terima .. suami dah terima 6 anugerah .. isteri baru 2 je .. hehehehehhe ...

Thursday, March 5, 2009

Anakku aktif macam abah dia jugak ....


Semalam g checkup kat INS Kangar ... cam biasa buat scanning baby .. tp smalam rasa best sangat bila buat scanning ... bergerak-gerak .. n tanye Dr. Ngee .. apa yang bergerak2 tu .. ingatkan jantung ... rupa-rupanya.. anak kami melambai-lambai ... hahahha ... say Hi pada kami kot ... Alhamdulillah .. baby sehattt n aktif .. pastu nampak dia bergerak ke atas .. ke bawah ... aktif sungguh .. ikut abah dia kot... patutla before masuk jumpa dr smalam aku muntah tak abis-abis ... rupa-rupanya baby buat akrobatik rupanya ... Alhamdulillah .. betapa besarnya keindahan ciptaan Allah SWT ...