Sunday, May 10, 2009

Hargailah Ibu Selagi Ada ...

Posted by Mrs. Ezral

Hargailah ibu selagi ada.. Kasih ibu hingga ke syurga... Selamat Hari Ibu khas buat bondaku yang tercinta... Hajah Umi Hj Othman dan bonda mertuaku Puan Sofiah Che Embi. Dua wanita paling istimewa dalam hidupku... Bonda yang melahirkan aku dan bonda mertua yang melahirkan suamiku yang amat kucintai...

To my beautiful mum, dengan kesabaran 9 bulan mengandungkan dan melahirkan aku yang dilahirkan songsang bukanlah mudah seperti pengalaman yang sedangku lalui ketika ini. Dengan penuh tekun dan sabar mendidik aku untuk menjadi seperti adanya aku pada hari ini. Sudah terbalas kah jasa2 mak pada aku?.. Aku rasa belum cukup apa yang aku lakukan selama ini... Kedegilan dan kenakalan aku n adik2 yang cukup menyakitkan hati seorang ibu.. menyusukan..menyuapkan makanan.. kalau susah..takde duit pon mak sanggup nak pinjamkan duit tanpa diminta demi kesenangan anak-anaknya.. ntah boleh ku balas atau tidak sepanjang hayat emak..

berapalah sangat wang ringgit yang dihulurkan setiap bulan..senangkah hati emak kini dengan apa yang aku lakukan selama ini..? terbayarkah..? gembirakah emak dengan kehidupan kami adik beradik masa ini.. kadangkala ingin ku nyatakan persoalan ini kepada emak .. tapi malu rasanya..kerana takut masih belum cukup apa yang kami lakukan pada emak ... kadang kala kami terlanjur juga terlupa nak telefon or nak tanya khabar mak dan abah.. juga dek kesibukan bekerja dan urusan masing-masing..padahal menelefon seminit dua bertanya khabar itu lebih bermakna sebenarnya daripada duit yang dihulurkan..apatah lagi kalau dapat sering balik ke kampung..

berkat doa emak yang sentiasa mendoakan kami adik beradik untuk menjadi anak-anak yang berjaya begitu besar maknanya..emak..halalkanlah segala makan dan minum kami...air susu emak..air mata emak untuk kami adik beradik...kami sentiasa mendoakan semoga emak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik supaya kami ada banyak masa untuk menggembirakan dan berbakti kepada emak.... Selamat Hari Ibu mak.. sepanjang masa yong sentiasa rindukan emak ...

4 comments:

myatiqah said...

selamat hari bakal menjadi ibu,kak is..hihihi

Anonymous said...

selamat hari ibu kak is..:)

-fAiRuZ- said...

sgt touching..selamat hari ibu utk kak is..

gEe Eunjo said...

rupa mak is dlm gmbr ni..cm kak ina it lak..huhuhu