Tuesday, August 18, 2009

Jaundis Eryssa Naik Lagi... Eryssa Kena Tahan Lagi...

Posted by Mr. Ezral (Backdated entry 15 Aug 2009)

12 Ogos lalu kami bertolak balik dari Alor Setar ke Ipoh. Namun begitu, kami di nasihatkan oleh INS Specialist utk melakukan pemeriksa rutin jaundis Eryssa di Ipoh. Pada 15 Ogos, kami telah di datangi home visit nurse dari Klinik Kesihatan Manjoi. Nurse tersebut mendapati Eryssa masih lagi jaundis zon 1 di mana mereka menasihatkan kami ke Hospital Ipoh untuk memeriksa jaundis Eryssa. Kami pon decide untuk terus ke hospital pada pagi tersebut jugak. Setelah di ambil darah, jaundis Eryssa di dapati naik balik ke 13.1. Doktor menasihatkan Eryssa di tahan dan menerima phototherapy selama 4-6 jam. Huhuhuhuhuu... Sian Eryssa, kena tahan lagik... Mummy dah mula rasa sedih dan risau... Untungnya di hospital ini, papa n mummy di benarkan stay bersama dgn Eryssa... So, takderlah rasa risau sgt sbb Eryssa sentiasa di depan mata. Anak papa n mummy ni baik sungguh, langsung takder nangis2 sepanjang phototherapy tue... diam jer... bila lapar, merengek jerrr...

Alhamdulillah, lebih kurang jam 9 malam, jaundis Eryssa dan turun dan dibenarkan pulang.... Sronok sangat2 masa tue... Tapi dalam masa yang sama, kami berasa sangat bersyukur dan kasihan bila melihat ramai lagi baby yang kurang bernasib baik... ada baby yang terpaksa tukar darah melalui pusat kerana jaundis yang terlalu tinggi... ada baby yang dilahirkan tidak cukup umur dan terlalu kecil serta diletakkan di dalam close inkubator... Mummy, Papa dan Eryssa doakan semua baby di nursery hospital ipoh akan cepat sembuh....

Eryssa sewaktu di "jemur" di bawah matahari sblm kena tahan di hospital Ipoh.
Sites@Google

Eryssa di hospital Ipoh selepas disahkan jaundis meningkat 13.1 (sebelum phototheraphy)
Sites@Google

Eryssa sewaktu Phototheraphy.... siannyerrr....
Sites@Google
Sites@Google

Eryssa selepas phototheraphy... Mummy tgh pakaikan baju balik... Seronok dapat balik rumah....
Sites@Google

Eryssa yang terus tido bila sampai rumah Tok Wan n Opah selepas kena tahan wad... Tgk muka Eryssa, nampak makin gelap skit kan...?? Mcm terbakar skit... Sian anak papa n mummy nie...
Sites@Google
Sites@Google

1 comment:

nolin said...

aku takleh nak ingat pasal jaundis ni...sedih aku..anak aku pon bape kali masuk hospital, amik darah, sampai sebulan lebih umur dia..isk...