Thursday, April 30, 2009

My Youngest Brother On Stage..



My youngest brother Fadhli on stage.. he won a singing competition at Sg. Petani. Well done deli!!! The newspaper cutting is from Kosmo Edisi utara.. second from left.. wah glemer adik yong ek... he won 1st place with the song from faizal tahir smpai syurga...

Mrs. Ezral

Monday, April 20, 2009

DUGAAN MENJADI SEORANG IBU ...

Assalammualaikum dan salam sejahtera .. syukur alhamdulillah .. aku dapat kembali menulis di blog walaupun masih berehat (bedrest) sehingga melahirkan kelak .. dalam tidak sedar dah seminggu operation ku berlalu tanpa sedar .. hari ini bila suami tercinta bawakan aku portable keyboard supaya memudahkan aku untuk menaip dalam keadaan berbaring ... maklumlah aku kan dah tak boleh duduk lama ... hahahha ...

Syukur Alhamdulillah .. berkat doa dan sokongan semua sahabat2.. rakan2, ahli keluarga yang lain dan pelajarpelajar..... sahabat2 dekat dan jauh semuanya memberikan sokongan padu sepanjang saat2 getir yang kami hadapi ... segala2 nya berjalan dengan mudah dan lancar.. Jutaan kesyukuran ke hadrat Illahi kerna dengan kurniaannya ..aku dan ezral begitu tabah menghadapi dugaan dan ujianNya dengan tabah dan sabar ... Setabah dan sekuat baby dalam kandunganku ...

Namun begitu hidup perlu diteruskan ... aku ... harus terus tabah .. terpaksa berehat dari bekerja..menjaga kandunganku sebaiknya... menjaga kesihatan...dan sentiasa berdoa semoga baby kami terus selamat dalam kandungan ku sehingga cukup 37 minggu untuk melahirkan kelak ... namun aku tak boleh lari daripada rasa bosan yang teramat sangat .. namun begitu .. aku yakin aku akan menjadi biasa dengan keadaan ini tidak lama lagi demi anak yang tercinta ... sahabat2 pon banyak yang datang melawat ... terhiburlah sedikit rasa bosanku ini dengan kehadiran mereka ... Bossku pon banyak memberikan semnagat dan sokongan ...

suamiku .. aku teramat berterimakasih kerana menjaga aku sebaiknya siang dan malam..begitu mendalam cintanya kepadaku dan anak kami ini..memimpin aku ke tandas..memasak.. menghidangkan aku makanan .. suapkan aku ubat..menyediakan aku pakaian ... mengemas.. membasuh dan segala2nya dilakukan untukku .. aku amat bersyukur dikurniakan seorang suami yang begitu penyayang dan bertanggungjawab.. syukur Alhamdulillah ... Terima kasih suami .. moga kau terus tabah dan sabar ... kaulah cinta sejati dunia akhirat...

Tidak ku lupa mak, abahku, mak abah mertua ku, abang ipar dan adik2ku .. yang sentiasa mendoakan kami .. tanpa berkat doa kalian ... kami mungkin tak sekuat dan setabah ini...

Moga baby dalam kandunganku ini terus sihat sehingga selamat untuk dilahirkan kelak ... anak yang comel, sihat, bijak dan beriman ... wahai anakku..semoga kau terus sihat di dalam kandungan mummy mu ini.. semoga menjadi anak yang soleh.. berilmu dan berbakti kepada orang lain.. InsyaAllah ..

Mrs Ezral, 8.30pm

Friday, April 17, 2009

OUR NEW TABLE IN ACTION...

Posted by Ezral

Hehhehee... Malam ni my wife nak makan makanan yang aku masak lak... hehehe... Jadi berguna jugaklah meja yang aku buat nie.. Leh mengidang and then terus makan sambil layan tgk tv...

MEJA DAN SIAP...!!!

Posted by Ezral

Hehhehee... Dalam tempoh dua hari, projek "Mega" membuat meja pon dah siap. Seronok rasanya bila tengok hasilnya nie. Walaupon tak seperti yang dijual di kedai, tapi rasanya kalau aku masukkan dalan lelong.com atau dalam ebay, comfirm ada orang nak beli nie... Thanks to all yang membantu, Rosiswardi dan Shidi. Tak lupa juga kepada yang memberi moral support semasa sedang berhempas pulas dan berpeluh di dalam bengkel Pusat Kejuruteraan seperti Abg Non, Pi'e, Narzrezal dan Cikgu Man. Di sini aku letakkan gambar meja tue, 95% siap cuma tinggal sedikit "finishing" bahagian tepi ja lagi... Sebijik macam kat hospital hehhehe... leh sorong-sorong...


My wife yang sedang bergaya dengan meja baru...

Thursday, April 16, 2009

MEJA UNTUK ISTERI

Posted by Ezral

Hmmm... Sekarang ni aku dalam proses penyesuaian masa antara urusan kerja dan urusan penjagaan isteri aku. Satu benda yang aku perasan adalah aku memerlukan meja seperti di dalam wad untuk memudahkan meletakkan makanan dan barang2 lain seperti laptop is. Justeru itu, aku pon mulalah men'design' meja untuk isteri aku supaya mudah untuk diletakkan di katil nanti. Seterusnya hari ini, dengan bantuan Rosis dan Shidi di bengkel pusat kejuruteraan, kami berjaya menyiapkan frame meja tersebut. Esok aku nak sambung pasang papan sebagai meja dan cat. InsyaAllah, kalau semuanya berlaku seperti yang dirancang, isteri aku akan dapat meja baru esok... hehheee... Kat sini aku letakkan gambar meja yang separuh siap lagi... hehehhee....

DOA UNTUK BABY....


Posted by Ezral

Surah Al-Imran Ayat 38

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.”

Wednesday, April 15, 2009

BEDREST.....

Posted by Ezral

Sebelum dibenarkan keluar dari INS Specialist, Dr. Ngee dah bagi beberapa pantang larang yang tak boleh di buat oleh my wife. Beberapa pantang larang @ peraturan yang kami kena ikut;

1. Kena bedrest secara total seboleh mungkin utk 3-4 minggu (minggu kritikal). Lepas minggu kritikal nie, hanya leh jalan2 skit dalam rumah jaa sampai bersalin.
2. Walking distance hanya untuk ke toilet sahaja.
3. Makan kena kurangkan skit tapi kena cukup zat. Sebab byk baring, badan tak exercise kang takut lak penyakit lain yang datang.
4. Ubat tenang rahim kena makan ikut time (4 kali sehari) supaya rahim tak meragam.
5. Kena monitor Blood Pressure (BP) my wife. So, aku pon belikan laa Automatic BP Monitor. Sehari 4 kali check. Kalau BP meningkat, kena kurangkan pengambilan ubat tenang rahim. So, sapa2 kekawan yang nak check BP leh la mai rumah aku nie... Tak yah gi klinik.. FOC jaa...


6. Beberapa pantang larang lain yang aku rasa tak perlu nak tulih kat sini.. hehehee...

Memandangkan is kena bedrest dan tak dibenarkan naik tangga langsung (sebab bilik tidur kami kat tingkat atas). Terpaksalah aku makeover sikit ruang tamu rumah aku supaya senang is nak ke toilet, tengok tv, berinternet, dan senang orang nak melawat. Astro punya decoder aku dah bawak turun bawah khas utk is, jadi dialah yang 100% control program2 kat tv nie... kalau aku nak tgk CSI kena pujuk dia la nampaknya... hehhehee... Kat sini aku letakkan gambar layout baru ruang tamu rumah aku nie .. hehhehee....


Pictures at INS Specialist

Posted by: Ezral

Here are some pics taken after the operation. We got a really great hospitality from INS Specialist, Alor Setar esspecially Dr. Ngee, Ms. See and their nurses for 4 days and 3 night stay. My wife will update with the cronology of our unforgetable moments.

Inilah Dr. Ngee (Doktor Pakar di INS Specialist). Orang yang bertungkus lumus cuba menyelamatkan baby kami dan dia sangat-sangat dan sangat ambik berat tentang kami. Thanks Dr. Ngee.




My wife with Ms. See. Beliaulah orang pertama yang aku contact bila is bleeding hari tue. Dia jugak cukup ambil berat kes kami nie...

Sunday, April 12, 2009

Alhamdulillah... Syukur Kepada Allah

Posted via My Nokia E71

Hari ini akan menjadi sejarah dlm hidup kami berdua. Sedih & gembira silih bertukar ganti. Takkan kami lupa jasa kedua keluarga kami yang memberikan sokongan. Abang Edi, Adik wan, eppy, aleya & deli yang memberikan sokongan. Dan juga takkan kami lupa sahabat2 yang datang melawat dan menelefon memberi sokongan. Thanks all. Akan kami ceritakan peristiwa penting hari ini utk tatapan semua. Thanks all...

Thanks to Allah. Aku cukup2 merasa syukur. Sepanjang operation, aku tak putus-putus berdoa kepada Allah agar operation tersebut sukses. Terima kasih kepada Emak, Abah, Emak Mertua, Abah Mertua, Abang Edi dan Adik-adik yang tak putus-putus berdoa. Aku sentiasa memegang satu kata-kata yang aku pon dah lupa mana aku dapat-"Allah nak menduga seseorang itu kerana dia hendak mengangkat martabat kita sebagai seorang muslim". Tks.

what is actually happen to my wife?


Posted via My Nokia E71

Menurut doktor, kantung baby telah terkeluar dari pintu rahim. Sepatutnya tak terjadi pada kandungan 5 bulan ni. Jadi, apa yg boleh dibuat adalah my wife kena bedrest dulu, dgn harapan secara semulajadi kantung tu akan masuk semula. Lepas tue baru doktor nk jahit pintu rahim tue. Kat sini aku letak gambar contoh kandungan. Kantung tu berwarna kuning. Bila pintu rahim terbuka, kantung akan terkeluar.

Please pray for our baby and my lovely wife

Posted by: Ezral via my Nokia E71

Malam td lebih kurang jam 12tgh malam, Dr. Ngee dtg check is dan dia ckp setakat ni tak dpt buat apa2 lagi sbb kena pastikan kantung baby dah betul2 masuk dalam rahim. Lepas tue baru boleh jahit (ikat) pintu rahim.

Terima kasih kepada PM Moha yang sanggup dtg tgh2 malam bersama isteri kerana nk melawat is. Terima kasih juga kepada zulmajdi, reeza dan irwan yang sanggup dtg tgh mlm td. Thanks friends.

Saturday, April 11, 2009

doakan is n baby...

dr. Baru lepas melawat... Dr tkleh buat operation lg koz takut kantung baby pecah n tgh bagi ubat supaya baby tenang n kantung boleh masuk ke dalam rahim balik.. X leh dok bilik atas n masih dalam labor room... Mhn doa rakan2 semua semoga saya n baby selamat....

writing from ins specialist centre alor star

assalammualaikum frenz.. I m writing this blog frm my handphone.. being warded.. In the labor room of the ins hospital.. 11.00 night.. Alone..maybe ezral is waiting for me outside.. friends.. Pls pray for my baby n myself ... As bleeding from yesterday.. Dr ngee find out half of my kantung baby dh hhterkeluar drpd pintu rahim.. Alhamdulillah the baby is ok n heartbeat is still ok.. Pls pray for our safety.. now i hv to bed rest with my toes up.. Highr than my head..