Wednesday, March 11, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Alhamdulillah .. syukur ke hadrat Illahi dengan kurnia dan berkat rezekinya aku telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008. Actually memang aku tak sangka sangat-sangat. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan buat semua rakan-rakan setugas yang sentiasa bersama-sama bertungkus lumus bersama-sama terutamanya assistant aku yang setia Cik Noordini Idrus atau panggilan manjanya Diny. Dia pon dapat anugerah jugak tahun ni.. Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang Anugerah Versatil. Syukur Alhamdulillah .. rezeki ...

Tanpa sokongan dan bantuan daripada sahabat-sahabat sepejabat khasnya boss Dato' VC, En. Zuber, Kak Sya, Kak Fizah, Watie, Kak yani, kak mila, salimin, manja, shikin, pak samat, julie, kak sue, aida, en mus, hirwan, shah erman dan ramai lagi ... kerja mesti takkan menjadi ... Tak lupa juga buat adik2 unit multimedia yang slalu kene marah dengan kak is dia ni ... tapi apa pon ... shauki, syed, nazri, din, yob, abg munif dan 2 lagi staf yg baru aku lupa nama depa .. turut banyak membantu ... terima kasih banyak-banyak diucapkan ... Ucapan terima kasih juga diucapkan buat semua yang namanya tidak dapat disebutkan .. ramai sahabat2 setugas ni ... dekat school.. jabatan pembangunan .. jab hep .. pusat ICT ... dan ramai lagi lah .... Moga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian ...

Ucapan terima kasih aku juga tak terhingga buat suami yang tersayang ... yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan saat aku bersusah payah atau berpenat lelah ... Bila aku takde laptop .. suamilah yang carikan aku laptop supaya aku tak stay up malam dekat ofis .. bila aku tak tidur .. dia pon turut tak tidur temankan aku .. buatkan air .. bila kebuntuan idea ... dia lah juga yang dapat memecahkan kebuntuan idea ... bila aku tension yang teramat sangat ... dia lah pelega keadaan ... bila aku marah .. dialah yang menenangkan ... dan yang paling penting berkat doanya dan restunya untuk aku terus berkarier .. adalah segala-galanya ... Terima Kasih Suami ... Sesungguhnya kejayaan si isteri adalah disebabkan ketabahan dan kecekalan hati si suami ...

p/s : Tapi si isteri masih tak leh lawan sebanyak mana anugerah yang si suami terima .. suami dah terima 6 anugerah .. isteri baru 2 je .. hehehehehhe ...

2 comments:

Anonymous said...

kak is..
tahniah..:)
rezeki anak sama tu..hehe
apapun, u deserve 4 it!!..:)

myatiqah said...

salam kak is..hehehe da bwk budak upenye..hehe..
take care..jg baby lelok.